Letakkan link blog anda di sini
Wednesday, March 24, 2010
Nice Ilustration...
Tuesday, March 23, 2010
Transformasi Jantina
terbatuk aku bila terbayangkan orang tukar jantina..
orang sekarang nie macam dah keterlaluan..
lesbian N gay semakin ramai..
Gejala nie seperti tidak dapat dibendung lagi di Negara TERCINTAKU ini...
wahai kaum ku...
Insaf lah Kamu sebelum malapetaka menimpa tanah tumpah darah kita nie..
sedarlah kamu segera...
Nyah lagi la..makin ramai nampaknye...
nie aku ada satu picture untuk tatapan kawan2 ku..
siapa die????
renung2kan dan selamat beramal...

Monday, March 22, 2010
MEngiMbas Kenangan Lalu...
14 tahun rasa seperti sekejap ...
Masa Umur aku 9 tahun Arwah nenek aku menghembuskan nafasnya yang terakhir...
tetibe rasa rindu dekat hati...
Terima kasih kepada beliau...
Masa aKu kecik Dulu beliau yang selalu jaga aku...
x sangka cucu die sekarang nie dah berusia 23 tahun...
Insyallah..
Jasa Mu akan Ku kenang Sampai ke Mati...
Al-fatihah...
dah 14 tahun Die Meninggalkan aku..
Teringat Balik Aku Masa Kecik2 dulu time die jaga aku...
AKu seorang YAng nakal dan Degil..
huhuhu...
Ini Masa AKu Berumur 2 tahun rasanya..hahaha...
Next Picture
.
.
.
.
.


opss!!masih berumur setahun lebih..
maka tidak salah siarkan pic ini erk!
huhuhu...
p/s: cik Fara bagaimana saya ketika kecil..coment?
Kenapa Lelaki Tidak Layak JAdi Model???
Sunday, March 21, 2010
SELANGOR TERUS MARA
![]() |
| RUDIE (kiri) diasak pemain pertahanan Pos Malaysia, Mohd. Roslan Basiron pada aksi di Stadium Shah Alam malam tadi. |
SELANGOR mudah melangkah ke saingan separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Pos Malaysia 3-0 pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Shah Alam malam tadi.
Terdahulu, Selangor membelasah Pos Malaysia 5-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sekali gus layak ke saingan separuh akhir dengan agregat 8-1.
Pada aksi semalam, biarpun hanya dibarisi majoritinya pemain simpanan, Selangor tetap membuktikan kehebatan mereka apabila R. Surendran berjaya membuka tirai jaringan menerusi rembatan kencang dari dalam kotak penalti seawal minit kedua.
Skuad kendalian K. Devan itu terus menguasai perlawanan dan hasilnya, Rudie Ramli berjaya menyumbat gol kedua Selangor pada minit ke-38.
Surendran sekali lagi meletakkan namanya selaku penjaring apabila meledak gol ketiga pada minit ke-41.
Tersentak dengan tiga gol Selangor itu, Pos Malaysia dilihat memperkemaskan jentera serangan mereka dengan melancarkan serangan ke arah kubu Selangor.
Bagaimanapun, kekentalan bahagian pertahanan skuad Gergasi Merah yang diketuai oleh Bunyamin Omar berjaya mengekang setiap gerakan pasukan pelawat.
![]() |
| |
Sebaik babak kedua bersambung, Selangor mula memperlahankan rentak permainan sehingga keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.
Selangor akan berdepan dengan Negeri Sembilan dalam perlawanan separuh akhir pertama yang dijadual berlangsung pada 30 Mac ini.
Sunday, March 7, 2010
BIG jam hot fm di penang...
semua artis sangat menarik untuk di tonton..
tiada masalah dalam persembahan...
Penonton yang ramai melebihi 20 000 orang..
TAPI...
bila persembahan band kumplan waktu kemuncak konsert..
Aku memang x leh bla ngan mat2 seberang dekat negara kita nie..
dorang lebih agresif dan melampau..
dengan bendera ala2 black metal..
pesanan kepada mereka..
LU ORANG DUDUK INI TANAH MELAYU BIKIN CARI KERJA..
JANGAN LU ORANG FIKIR INI TANAH TUMPAH DARAH LU PUNYA NEGARA..
TOLONG RESPEK KEPADA KAMI SEBAB INI PROGRAM UNTUK ORANG AWAM..
LU PUNYA MULUT BAU ARAK X MALU KER KATA ISLAM TP MINUM ARAK...
LU ORANG ADA OTAK FIKIR LA!!
Kesian aku tengok bagi pengunjung yang bawak family n golongan emas..
malu la cikit ngan dorang nie...
bau arak macam haram...
macam la arak 2 halal di sisi islam..
yang mat seberang 2 x pe la..
TAPI...
anak2 muda kita pon sama jugak tonggang arak yang haram jadah 2...
korang ingat minum arak nie bagus ker kawan2 respek lu orang??
you all so disgusting n stupid person...
tolong sedar dan kembali ke pangkal jalan...
papepon big jam hot fm memang best!
Selangor Mudah Gigit KEDAH!

SELANGOR mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan 4-0 ke atas Kedah di Stadium Shah Alam malam tadi.
Beraksi di hadapan kira-kira 10,000 penyokong setia, Selangor ternyata memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila berjaya menguasai keseluruhan perlawanan.
Jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol Kedah, Mohd. Helmi Eliza Elias, tuan rumah terlebih dahulu sudah boleh berada di depan menerusi percubaan kapten, Mohd. Amri Yahya dan juga Mohd. Hardi Jaafar.
Serangan bertali arus Selangor akhirnya membuahkan hasil apabila Mohd. Safee Sali berjaya membuka tirai jaringan dengan satu sepakan voli menarik dari luar kotak penalti pada minit ke-26.
Tiga minit kemudian, Mohd. Amirul Hadi Zainal terus meletakkan Selangor selesa di hadapan dengan jaringannya setelah menerima lorongan cantik daripada Hardi.
Sebaik babak kedua bersambung, Kedah memperkemaskan jentera serangan mereka apabila dilihat melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu pertahanan Selangor bagi merapatkan jurang gol.
Namun kekentalan barisan pertahanan Selangor yang diketuai oleh Khairul Anuar Baharom berjaya mengekang setiap asakan pasukan pelawat.
Amri terus menambah derita Kedah apabila meledak gol ketiga pada minit ke-60 setelah melakukan lambungan cantik untuk menewaskan Helmi Eliza.
Amirul Hadi sekali lagi meletakkan namanya selaku penjaring apabila menyumbat gol keempat Selangor minit ke-77.
Kemenangan tersebut membolehkan Selangor kekal di tangga teratas liga dengan mengumpul 22 mata.
Skuad Gergasi Merah itu dijadualkan berdepan dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Jumaat ini.
sumber: kosmo online




























