Pages

Letakkan link blog anda di sini

Sunday, April 25, 2010

Cinta Anugerah Tuhan

Aku sedar bila tanpa dirimu
Kurasakan dunia ini seperti tidak berdetik
Ku rasa kaku, lemah dan tidak berdaya

Umpama otakku tidak dapat berfikir
Apa yang harus ku lakukan kini
Bila kau tidak disampingku

Rinduku ibarat membungkam jiwa ragaku
Membuat aku terhenti menghembus nafasku
untuk cuba mencari konklusi

Jiwaku pedih dan terasa kosong....

Kurindu dengari suaramu yang merembas kedalam jiwaku
Untuk ku dengar lalu masuk ke dalam jiwaku
Andai tuhan mendengar rintihanku ini
Pabila ku bertemu dengan si dia
Inginku berhentikan masa di alam maya ini
Agar kau dan aku mampu menikmatinya bersama
Agar masa ini panjang pabila aku bersama denganmu

Adakah kau rasa seperti apa aku rasa kini...
Hanya Tuhan sahaja mengerti apa yang aku fikirkan...
Ku harap duniaku ini berseri kembali
Tidak ada perlu ketidakpercayaan wujud di antara kita
Agar kita mampu
Merasa cinta anugerah tuhan......

Nukilan: faizal jam 3.45 a.m

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat bernas!