Pages

Letakkan link blog anda di sini

Tuesday, April 27, 2010

siapakah gerangannya?

Entry kali ini..
aku lebih bersifat keperibadian..
kepada yang suka harus menikmati..
sesiapa yang tidak menyukai harus pendam di dalam hati..
terima kasih mengunjungi dan terus mengunjungi blog ini..

Aku ingin sangat memiliki camera nikon d70
owh! sangat2 mengimpikannya...
bilakah aku mampu memiliki cameraku sendiri..
biar padat blog aku ini dengan gambar...
hahaha..

Tapi..
siapa yang aku harapkan untuk belikan aku camera 2?
harap2 gadis ini mampu membelikannya untuk aku..
haieu~~haieu~~
Norfahana Bt Mohamed Sarwani...
Cinta Anugerah tuhan!
( agak jiwang di sini )
hahahaha
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


p/s; kalau baca jangan gelak sendiri erk c.fara..hehe

Terdetik di dalam hati


Menanti Sms Dari Mu ibarat pungguk Rindukan bulan
Menanti khabar baik dari mu umpama menanti bila hari hendak siang
kemana pergi janji yang ditabur dengan kata - kata manis
ketika saat berjanji hidup semati
Benar kata Tun Mahathir..
" Melayu mudah Lupa "

Alangkah indahnya hidup di alam ini
mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat
menongkah arus mencari pedoman hidup
bagaimana harus meneruskan hidup tanpa petunjuk
mampukah diri ini menahan sebak di sanubari
berlinang air mata pedih hati luka terluka
itu yang kau kata lagi baik

diriku dalam dilema
aku cuma mahukan semangat
jangan keadaan memaksa diriku
rasional fikiran harus ku cari
hanya tidur menjadi pengubat hatiku
Aku hanya ingin tidur, itu saja!
Agar tetap lapang ruang yang memberiku rasa rindu
kala malam menjelma di kala kau sudah tidur
aku bangun untuk menulis warkah berlagu pilu ini
agar kau mengerti erti cinta sebenar...

Monday, April 26, 2010

Aku Minta Maaf.....
















Aku minta maaf….
Kalau selama ini aku tidak boleh menjadi kekasih yang baik buat kamu
Mungkin kamu akan merasa lebih tenang
kalau aku tidak bersama kamu lagi
Mungkin kamu akan merasa hati lebih tenteram tanpa ada aku disisimu
kalau aku tidak mengusik kehidupan kamu lagi
Ku rindu dengan gelak tawa kamu
namun hati ku keras seperti batu kini
ku harap juga batu ini mampu cair oleh kerana air yang menitis
tapi sampai bilakah harus ku menunggu masa itu
Tapi asal kamu tahu…
Sampai kata-kata ini ditulis,
bahkan sampai berkali-kali dibaca
Cinta itu masih ada untuk kamu !!!

Tahniah Barisan Nasional!


keputusan telah pun diumumkan...
kemenangan milik siapa sudah diketahui...
tahniah kepada yang menang..
takziah kepada yang kalah...
selepas menang jangan bangga diri...
permintaan rakyat harus dituruti..

satu persoalan timbul ketika mengira undi semalam...
kemana pergi sokongan kaum cina ke atas barisan nasional?
perkara ini harus diambil berat oleh pucuk pimpinan BN..
terlihat pak aji memakai kopiah dan m.cik memegang bendera DAP..
meraih undi untuk pakatan rakyat..
Oh! mana silapnya perkara ini di minda mereka...

Semoga gelombang rakyat ini semakin besar..
BN mampu Berubah!
tahniah YB P.Kamalanathan..
Penamaan calon 17hb.4.2010
Tarikh Mengundi 25hb.4.2010
Kemenangan Majoriti 1725
Lucky Number!
gotchaaa...

Sunday, April 25, 2010

Pengundi di hulu selangor mengundi hari ini

SELAMAT MENGUNDI!!
Pilihlah calon yang benar2 mampu menolong rakyat
tidak kira parti mana sekalipon..
jangan sampai tersalah pilih...
jika ragu..
mintalah petunjuk dari ALLAH s.w.t
Insyallah akan diberi petunjuk...
Kepada siapa yang menang..
bersedia membantu rakyat...
Kita mampu berubah..
kepada yang kalah...
usaha lebih kuat lagi bagi memikat hati pengundi..
jangan jadikan agama dan ketuanan melayu sebagai isu utama berkempen..
renung2kan..
dan..
SELAMAT MENGUNDI!
.
.
.

Cinta Anugerah Tuhan

Aku sedar bila tanpa dirimu
Kurasakan dunia ini seperti tidak berdetik
Ku rasa kaku, lemah dan tidak berdaya

Umpama otakku tidak dapat berfikir
Apa yang harus ku lakukan kini
Bila kau tidak disampingku

Rinduku ibarat membungkam jiwa ragaku
Membuat aku terhenti menghembus nafasku
untuk cuba mencari konklusi

Jiwaku pedih dan terasa kosong....

Kurindu dengari suaramu yang merembas kedalam jiwaku
Untuk ku dengar lalu masuk ke dalam jiwaku
Andai tuhan mendengar rintihanku ini
Pabila ku bertemu dengan si dia
Inginku berhentikan masa di alam maya ini
Agar kau dan aku mampu menikmatinya bersama
Agar masa ini panjang pabila aku bersama denganmu

Adakah kau rasa seperti apa aku rasa kini...
Hanya Tuhan sahaja mengerti apa yang aku fikirkan...
Ku harap duniaku ini berseri kembali
Tidak ada perlu ketidakpercayaan wujud di antara kita
Agar kita mampu
Merasa cinta anugerah tuhan......

Nukilan: faizal jam 3.45 a.m

Koleksi kartun prk94 hulu selangor