Pages

Letakkan link blog anda di sini

Sunday, January 17, 2010

5 strategi kejayaan dan kekayaan

1.Sikap
Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang.
Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu lakukan, jika anda mahukan kejayaan.
Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja – apa juga yang anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif. Jika anda bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan berkata kepada diri anda sendiri “ ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”.
Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.
Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis “SIKAP”. Apabila anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan.
Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “Saya mahu menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yang saya suka !”. Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.


2. Ambil tindakan
Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.
Jika anda mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi anda perlu membuat tindakan. Kemudian apabila anda sudah mula melakukan sesuatu, anda perlu mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.
Jika anda mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama anda fikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya – BUAT SAHAJA.
Saya mempunyai ramai sahabat yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea-idea bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh saya melakukan bisnes tersebut. Saya boleh menolong mereka, beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90% daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika anda tidak membuat tindakan, anda menafikan hak anda untuk satu kejayaan.

3. Tukar Bagaimana Anda Diprogramkan
Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu diberitahu oleh orang-orang dewasa bahwa “ belajar pandai-pandai dan dapatkan kerja yang baik”. Harap anda jangan tersalah anggap, saya fikir apabila kita disekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian buka bisnes anda sendiri!
80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes sendiri. Mungkin anda sudah sedia maklum, jika anda benar-benar mahukan kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.
Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yang saya tunjukkkan dengan modal yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan menguntungkan.


4. Tuliskan Apa Yang Anda Fikirkan
Saya tidak kisah berapa baik memori yang anda ada, tetapi mengapa perlu dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang penting? Tuliskan perkara yang ada difikiran anda menolong melegakan otak anda yang sarat dengan maklumat. Apabila anda menulisnya anda tidak perlu takut jika terlupa pada masa yang diperlukan.
Jika anda mempunyai idea – tuliskan.
Jika anda mempunyai masalah – tuliskan.
Apabila anda menulis sesuatu masalah, anda akan dapati bahawa anda boleh berfikir dengan lebih jelas, dan satu masa nanti perkara tersebut dapat
diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika anda mula menggunakannya, anda pasti akan lihat perbezaannya kelak.


5. Tetapkan matlamat dan impian
Jika anda tidak mempunyai sasaran, anda tidak akan dapat apa-apa. Anda mesti mempunyai matlamat, anda perlu tahu kemana destinasi anda, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian anda. Saya berjumpa dengan ramai orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata “impian aku ialah untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun” tetapi apabila anda tanyakan bagaimana untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.
Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian anda perlu berusaha untukmencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu.

SelangOr Kekal Di persada Liga Super


SELANGOR kekal selaku peneraju Liga Super selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas KL Plus di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi

KL Plus yang turun beraksi selaku tuan rumah ternyata tidak memberi laluan mudah buat Selangor apabila berjaya 'mengikat' skuad Gergasi Merah itu sehingga tamat babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, Selangor dilihat lebih banyak menguasai permainan sehingga berjaya memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan tonggak tengah Selangor, Hardi Jaafar pada minit ke-67.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Mohammad Khairul muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan untuk membantu Johor FC menewaskan Kedah 1-0.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, tuan rumah, Te- rengganu mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Pulau Pinang.

Gol pembukaan Terengganu hadir menerusi Mohd. Firdaus Faudzi pada minit ke-59 sebelum Mohd. Ashaari Shamsuddin menambah gol kedua tiga minit kemu- dian.

Joseph Kalang Tie dan Abdul Manaf Mamat masing-masing meledak satu gol minit ke-82 dan 90.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang meraih mata penuh selepas menang 2-1 ke atas T-Team.

Di Stadium Tan Sri Dato Hj. Hassan Yunos, Johor Bahru, Johor gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila tewas 0-2 kepada Perak.

Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Kelantan meraih satu mata berharga selepas mengikat Perlis dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan sekadar seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur.

sumber: kosmo Online

Friday, January 15, 2010

09.01.2010 in Teluk Batik With My Family

09.01.2010 Tanggal dimana aku sekeluarga pergi ke teluk batik melihat keindahan alam...hohoho..
Yang pergi ialah AKu faizal, my mums, adik aku wit his ntah x taw nk ckp= MEK@Nenek Kebayan my mums call her..hehe
then is my Mak Cik Long n her Cucu fizi..

Di bawah ini gambar yang sempat di snap..hoho~
.
.
.




Wednesday, January 13, 2010

Selangor Garang Di Shah Alam


Malam tadi menemukan pasukan antara selangor dan kuala lumpur...
SELANGOR muncul pemenang 'pertembungan Lembah Klang' pertama musim ini selepas berjaya menewaskan Kuala Lumpur 4-1....
Gol selangor dijaringkan oleh safee sali dan amri yahyah...

Perlawanan seterusnya adalah di stadium MBPJ..
Selangor vs KL Plus

Tuesday, January 12, 2010

Pelajar Di Amerika Yang Sakit MENTAL meningkat..

CHICAGO - Satu kajian terbaru mendapati jumlah pelajar sekolah tinggi dan kolej di Amerika Syarikat (AS) yang mengalami tekanan jiwa dan lain-lain penyakit mental meningkat lima kali ganda berbanding golongan muda seusia ketika Zaman Kemelesetan Ekonomi melanda AS pada tahun 1930-an.

Penemuan tersebut dirumuskan berdasarkan borang soal selidik psikologi yang digunakan sejak 1938.

Ia mengesahkan kebimbangan para kaunselor di AS yang telah lama mengesyaki bahawa semakin ramai pelajar negara itu tertekan dengan alam persekolahan dan kehidupan harian mereka.

"Soalnya sekarang, apakah langkah yang perlu dilaksanakan bagi membantu golongan muda pada masa kini," kata seorang profesor di Universiti Negeri San Diego, Jean Twenge yang juga pengarang utama kajian tersebut.

Hasil kajian itu yang didedahkan semalam akan dipaparkan dalam edisi terbaru jurnal psikologi Clinical Psychology Review.

Diketuai oleh Twenge, kumpulan penyelidik di lima buah universiti menganalisis maklum balas daripada 77,576 pelajar sekolah tinggi atau kolej.

Ia mencetuskan spekulasi di kalangan pakar kesihatan mental bahawa golongan muda di AS berdepan pelbagai tekanan akibat budaya popular yang memberi penekanan pada aspek luaran kehidupan termasuk kekayaan, rupa paras dan status.

"Sejak dari kanak-kanak lagi, kita telah diajar bahawa kekayaan diukur dengan wang dan apabila meningkat dewasa, kita tertekan untuk belajar bersungguh-sungguh semata-mata kerana wang," kata seorang pelajar Universiti Miami, Sarah Ann Slater, 21. - AP

Sumber dipetik: kosmo online

Era Kegemilangan pasukan selangor 2010 bermula..

9.1.2010 tanggal di mana PASUKAN SELANGOR memenangi piala sumbangsih di Paroi, N9..
ketinggalan 1-0 tidak melemahkan semangat selangor untuk terus berjuang sekaligus memenangi perlawanan dengan kesudahan 2-1 hasil jaringan safee sali dan r.surendren..

seharusnya, taktikal pasukan selangor dirombak sekali lagi oleh k.devan sebab amri yahyah tidak sesuai bermain sebagai backup stricker..
Dia lagi bagus main midfield dengan safiq rahim..
safee sali 2 rehatkan jer tukar dengan r.surendren bergandingan dengan faderin kadir..
ITU LAGI TERBAIK..

apa2 pun..TAHNIAH kepada selangor kerana berjaya memenangi piala sumbangsih sekaligus mendapat 3 mata penuh di paroi..
TERUSKAN USAHA!
VIVA SELANGOR!!

Tuesday, January 5, 2010

Fuhhhhh......

FUHHHHHHH......
Lama betul aku x menaip di blog nie...
maklum la cuti so malas nak menaip...
Sem Terakhir aku Di USM elah bermula...
Akan ku tekad di dalam hati untuk berusaha yang terbaik bagi kehidupanku..
YEAHHHH!!!

Sajer jer nak menaip...
LALALALALA..